Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Butter Crab with Salted Egg Yolk



Finally i have the chance to cook this famous salted egg crab.inspired by amy beh's recipe..here's my improvised version..

lunch! lunch! lunch!





BUTTER CRAB WITH SALTED EGG YOLK
 
Ingredients
3-4 [medium/big]crabs
1 cup tapioca flour + chopped curry leaves + pepper
Oil for deep-frying
6-8 garlic - finely chopped
4-5salted egg yolks
7-10  cili padi,  finely chopped
3-4 stalks curry leaves
4 tbsp butter

½ tsp pepper
1½-2 tsp sugar
4 tbsp evaporated milk

Method
Clean the crabs. Remove the pincers ,  trim and crack the legs. Cut into 2-4 pieces. Steam salted egg yolks for 3-4 minutes. Remove and use a fork to break up the egg yolks. Toss crab pieces in tapioca flour mixture. Deep-fry in hot oil till golden in colour. Remove and leave aside.
Melt butter in a wok, sauté curry leaves, garlic and cili padi until aromatic. Add salted egg yolks, keep stirring until egg yolks are incorporated into the butter sauce. Add pepper, salt, sugar and evaporated milk then stir in pre-fried crabs. Stir-fry briskly to mix. Dish out and serve immediately
Posted by Picasa

Sos Lada Hitam & Cendawan

atas permintaan @cu SaYaNg, ni haa resepinya
Sos ni  versi segera so, resepinya campak-campak aja, next time saya sukat betul2 eh..:)
yg from scratch pun ada gak..nanti  saya tempekkan kat sini..


Sos Lada Hitam Cendawan [ala segera]


2 bawang besar - diced
2 ulas bawang putih- chopped
1 tin cendawan butang [atau apa saja cendawan pilihan] - sliced/chopped
1 botol sos lada hitam
1/2 - 1 tin susu cair
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sahaja cuka
garam & gula secukup rasa
air secukupnya
sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
chicken/beef granules/powder/cube
tepung jagung secukupnya - dibancuh dgn sedikit air
bay leaf- jika ada
sedikit mentega untuk menumis


panaskan mentega dan tumiskan bawang besar + bawang putih hingga layu  [tak perlu garing]
masukkan cendawan cincang dan tumiskan lagi
masukkan semua bahan..renih hingga sedikit pekat dan perisakan secukup rasa

sos ni nak buat sos cecahan boleh, nak buat gravy pun boleh . Adjust konsistensinya sahaja
lebih lama direnih, rasanya lebih sedap

*off topic

regarding resepi ketam ala ala kat cheng ho tu..cud be this one
kene sama2 try lah yerr..



Ingredients


  • 1kg crabs



  • 1 cup tapioca flour



  • Oil for deep-frying



  • 3 salted egg yolks



  • 5 bird’s eye chillies, chopped



  • 2 stalks curry leaves



  • 3 tbsp butter



  • ½ tsp salt or to taste



  • ½ tsp pepper



  • 1½-2 tsp sugar



  • 3 tbsp evaporated milk Method
    Clean the crabs. Remove the pincers and trim the legs. Cut into 4 pieces.

    Steam salted egg yolks for 3-4 minutes. Remove and use a fork to break up the egg yolks.

    Toss crab pieces in tapioca flour. Deep-fry in hot oil till golden in colour. Remove and leave aside.

    Melt butter in a wok, sauté curry leaves and bird’s eye chillies until aromatic. Add salted egg yolks, keep stirring until egg yolks are incorporated into the butter sauce.

    Add pepper, salt, sugar and evaporated milk then stir in pre-fried crabs. Stir-fry briskly to mix. Dish out and serve immediately.



  • 14 ramadan.. ape ape aje yang ade lahhh..

    selalunyer me buatkan udang gumbira untuk afeef, this round tukar plak resepi baru - udang riang ria [lebih kurang mcm udang gembira tapi ditambah rempah kari n daun kari

    udang riang ria


    sawi putih celur dgn sambal belacan nih sempoi aje tapi.. tapi sedapppp
    Posted by Picasa

    Stimbot Bintang @ Puchong Prima

    asalnya singgah ke puchong prima nih utk ke maybank setelah selesai membeli belah di giant..lajak punya lajak ternampak lah our fav malay stimbot mobile stall nih still beroperasi..ape lagi, dah tentu tentulah kene singgah...yummyyyyyy
    yang penting sekali ianya produk halal 

    aneka stimbot yang berharga dari rm1 secucuk ke rm2.50

    sayur kangkung gulung ni aje yang tinggal
    cucuk stimbot yang sedang dicelur...one thing yg u'll noticed,tempat penyediaan stimbotnya sungguh bersih
    aneka sos-sos manis dan pedas yang secukup rasa



    banyak lagi pilihan bahan stimbot yang dah habis sebab dorang berniaga sejak petang..tapi apa yang penting sedap dan puas hati!
    :D
    satu lagi..kita bleh tempah khidmat lori stimbot nih untuk jamuan...satu lori penuh hanya 1K  dgn semua pilihan bahan yg ada.anda juga boleh menempah pada harga yang lebih murah sekiranya dikurangkan pilihan aneka barang stimbot..kiranya fleksible lah
    tgh berkira2 nih nak pakat sesama kawan2 yang berminat nak tempah satu lori untuk makan2 kat amanputra..tp kene tong tong lah :D

    9 ramadhan situ sana sini...

    sahurnya lauk recycle aje..penat lah nak ngadap dapur lama2. balik pun dah lewat sgt, tak sempat tido pun.. so ini je lah yang dijamah. Afeef langsung tak lalu nasi sebab masih kekenyangan, so me buat milo nestum aje lah sebagai pengalas perut..
    .
    siangnya pula sekadar dok rehat kat rumah aja, petang baru lah keluar nak beli barang-barang dapur kat giant n nak singgah rumah nurain kejap sebelum ke giant. rancangannya nak berbuka puasa di KFC bandar puteri aje..afeef yang teringin sangat nak makan
    .
    Si Merah nayang nayang nome nome opahhh..:)
    sekarang dah ada nama: nursyakirah nabilah, tapi dah takde rambut.. susah gak nak ambik gambaq sebab dia asik gerak2 aje..cameraphone kita pun cokia jek..hehehehe


    Posted by Picasa
    .
    alang-alang dah teralit kat rumah nurain, kitorang terus bukak puasa kat situ aje..lepas sembahyang maghrib baru bergerak ke  bandar puteri..
    ni plak hidangan berbuka..sebahagiannya ibu yang masak n the rest ade yang dibeli n diberi

     
    pajeri terung kesukaan ibu n gulai lemak ikan masin MZ
     
    kerabu taugeh n gulai ikan merah ibu

     
    singgang utk yg dlm pantang..pulut panggang 
    Posted by Picasa
    lepas makan dan solat maghrib terus ke bandar puteri....

    6 ramadhan - yang mudah-mudah dan air Khatira

    baik sahur mahupun iftar, harini menu hidangannya semua mudah-mudah belaka, sekadar mengalas perut aja..
    sup tulang, somtam dan telur dadar

    somtam kesukaan afeef

    AIR KHATIRA
    untuk iftar plak..dari awal-awal lagi mmg dah berhajat sangat nak buat air khatira..dah berbelas tahun tak merasa..jadi inilah hasilnya, jug yg bawah ni..satu untuk rumah n satu untuk sheila..
    khatira = getah anggur
    air khatira adalah sejenis hidangan minuman istimewa di kawasan johor bahru dan singapura yang hanya dibuat pada bulan ramadhan..
    bahan asas membuatnya hanya lah campuran getah anggur, biji selasih, buah kembang semangkuk, cincangan agar-agar warna, sirap gula pandan kosong atau berwarna dan lain lain bahan campuran tambahan seperti kurma, buah kabung, kismis atau kacang. susu cair turut ditambah untuk melemakkan rasa
    variasi warna khatira adalah bergantung kepada perisa sirapnya..ade sirap kosong, sirap pandan, sirap ros/bandung maupun sirap gula merah.
    air khatira versi moden ada yang ditambahn dengan aiskrim soda untuk rasa yang berbeza..


    Air Khatira Pandan ala ninoZ

    untuk sirapnya :
    2 cawan gula + 3 cawan air + daun pandan
    didihkan sampai larut dan sedikit pekat dan perisakan dengan jus/pati pandan dan sedikit warna hijau

    bahan isian :
    getah anggur - direndam hingga kembang dan bilas
    kembang semangkuk - direndam hingga kembang dan dibilas
    biji selasih - di rendam dengan air masak hingga kembang
    sago - direndam kemudian di rebus hingga kembang, bilas dan toskan
    cincangan agar-agar merah
    buah kabung
    kismis
    hirisan buah kurma

    sedikit esen pisang
    sedikit perisa barli
    1 tin susu cair
    6 cawan air masak /secukupnya untuk dicampur dengan sirap

    masukkan semua bahan ke dalam jug besar dan tambah kan ais.
    boleh juga diminum suam-suam [panaskan campuran air masak, susu cair dan sirap terlebih dahulu]




    jug kecik ni untuk rumah raime
    Posted by Picasa
    haaa..ni plak hidangan berbuka selain dari air khatira tu. serius sempoi tapi sedap dan mengenyangkan..

    sambal tumis reja-reja sotong kering

    lempeng tepung gandum

    afeef suka cicah lempeng dgn susu pekat..
    Posted by Picasa

    4 ramadhan..



    Posted by Picasa

     


    Posted by Picasa

    3 ramadhan..

    sahur awal pagi tadi..tenggiri gulai lemak kuning dgn asam belimbing buluh pemberian hasnal. kentang n tahu goreng bercili tu fav afeef..

    untuk iftar, boss request nak makan kambing..so kita pun buat lah grilled rack of lamb yangn kebetulan tinggal sebungkus aje. cukuplah untuk 3 beranak
    allahumma lakasumna, wabika amanna..

     a scoop of fruitti tutti crumble..tanpa sos kastad atau aiskrim
    Posted by Picasa

    ni plak laksam pemberian zie..tak sempat nak balas sebab crumble n kambeng blom masak lagi time tu

    kambing bakar rosemary

    ni crumble yg blom cedok

    tarawikh kat surau amanputra..saf jemaah wanita penuh sampai pintu belakang..tak termasuk budak2 kecik yang asik dok pot pet pot pet...
    Posted by Picasa

    You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
    Dilectio Blogger Template