Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

Resepi untuk KAYA...


yang ini resepi kaya yang dipelajari dari arwah maktuk..

Kaya Gula Hangus @Kaya Original Mak Tok

Bahan-bahannya:

3 biji telur saiz besar

1 mug saiz sederhana santan pekat [jika guna cawan anggaran la dlm 1 1/4 cwn]

4 sudu besar gula pasir

6 sudu besar gula - untuk dihanguskan

1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara:

Pukul telur dan gula pasir hingga gula larut tetapi jgn pukul kuat sangat untuk mengelakkan adunan kembang. Campurkan bancuhan telur bersama santan dan tepung jagung

Panaskan gula di dalam periuk, hanguskan dengan api perlahan sehingga sekali berbuih. Elakkan gula hangus terlalu gelap kerana rasanya akan sedikit pahit

Apabila sudah naik buih..masukkan bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau tanpa henti untuk mengelakkan kaya jadi berbintil-bintil.

Bila konsistensi kaya agak pekat dan sedikit berkilat bolehlah ditutupkan api. [apabila kaya sejuk ia akan menjadi lebih pekat dari konsistensi ketika ia panas]

siap untuk dihidangkan!!

.............................................................................

Yang ini pula resepi kaya hailam yang diajarkan oleh jiran, diwarisi dari ibu mertuanya yang berketurunan nyonya katanya...

Kaya Hailam Lokman

Bahan-bahannya :

1000g Santan Pekat

5 biji Kuning Telur

5 biji Telur

500g Gula Pasir Halus

5 helai Daun Pandan

2 sudu besar Tepung Jagung - dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

Sediakan double-boiler untuk memasak kaya.

Kacau telur dan gula perlahan-lahan hingga gula hancur.

Campurkan adunan telur dan gula bersama santan dan daun pandan ke dalam double boiler.

Kacau adunan kaya dengan kerap agar tidak berbintil dan sekata lebih kurang 1 jam.

Campurkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kaya. Kacau lagi selama 1 jam.

Sejukkan kaya dan siap untuk dihidangkan



oh ya..gambar-gambar adalah ihsan dari internet :D


gajet baru, sarapan baru..

Hajat untuk memiliki 'waffle maker' ni sudah lama tersimpan, cuma belum berpeluang ketemu dengan mesin yang bersesuaian [tak jumpa pun sebenarnya]. Anak bujang nan sorang tu memang gemar sungguh makan waffle dan pantang sekali terserempak dengan kiosk menjual waffle di mana sahaja [terutama sekali- Daily Fresh], pasti dibelinya.
Sebelum encik boss berpergian atas urusan kerja ke pantai timur, diajaknya ke tesco untuk mencari 'waffle maker' sambil membeli belah serba sedikit apa yang patut. Alhamdulillah, ketemu juga akhirnya, brand TAKADA aje dan harganya pun cuma rm59++..yeayyyyy!
Dan inilah hasilnya..waffle panas buatan sendiri. Paling teruja pastilah si kecet itu..:)

 
inilah alatnya..taklah secanggih yang dimiliki 'Daily Fresh'

waffle panas beraneka perisa isian - kaya, mentega kacang dan jem, mentega dan madu




 
bekal afeef ke sekolah untuk 2 hari berturut-turut..:)

skon oat untuk sarapan

ni pun projek tergerak hati jugak untuk sarapan/bekal afeef, asalnya nak buat thumbprints cookies tapi tak cukup bahan. campak-campak ajalah apa yang ada untuk buat skon ni..tak follow any particular resepi pun..[anggaran 1 1/2 cawan tepung+ 1 3/4 cawan oat+campuran cincangan badam, walnut, kismis+ serbuk kayu manis + 3 tsp baking powder + 1/4 cawan lebih sket gula+ 1 telur+ 1/3 cawan susu+ 1/2 cawan butter cair + apa apa ajalah yang nak ditambah bagi sedap]
jadilah ghopernyer macam ni.....



Posted by Picasa

thosai..tosei..tosey [or wutever u called it] & friends..


untuk menunaikan permintaan pembaca blog yg bernama 'rimbun', ini adalah resepi thosai & cutni dalam simpanan saya..tested & proven sedap :D
rimbun..selamat mencuba ya! :D


THOSAI

Bahan-bahan:
3 3/4 cawan Beras
1 1/4 cawan mumbung Kacang Hitam/Urundhu
1 sudu besar rata Halba
1 sudu besar Nasi Sejuk
garam secukup rasa

Cara-cara:
Bilas beras hingga bersih. Masukkan ke dalam bekas bersama air untuk rendaman.
Longgokkan halba di tengah-tengah beras [jangan dikacau] dan rendam semalaman.
Bilas kacang hitam hingga bersih dan direndam semalaman.
[Anggaran masa rendaman – 12 jam]
Toskan kedua-dua bahan secara berasingan.
Kisar kacang dengan sedikit air hingga betul-betul halus.
Beras dikisar bersama nasi sejuk sehingga halus.
Campurkan kedua-dua bahan kisar tadi bersama sedikit garam dan gaulkan satu arah dengan tangan hingga sebati.
Masukkan ke dalam periuk/bekas stainless steel yg bertutup rapat dan peram semalaman.
Masak thosai seumpama membuat dadar/ketayap

Nota:
Jika bancuhan terlalu pekat, cairkan sedikit dengan menggunakan air sejuk.
Bancuhan thosai mentah ini mampu bertahan selama 2-3 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.


CHUTNI KELAPA MANIS

Bahan-bahan:
Sedikit Halba campur
Bawang merah – dimayang halus
Cili kering – dipotong pendek-pendek
Sedikit daun kari

Dikisar halus:
1 biji Kelapa Parut [putih sahaja]
3 biji Cili Kering
3 biji Cili Padi

sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, bawang, cili kering dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan kacau di atas api sederhana panas. Biar sebati dan jangan sampai pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.



KUAH PARPU

Bahan-bahan:
1 cawan dhal[parpu holland] - rendam semalaman
sedikit serbuk kunyit
3 biji cili hijau - dipatah-patahkan
1 bawang besar - dadu
4 ulas bwg putih
1" halia - cincang halus
1 tomato - potong baji
1 petola saiz kecil - dipotong
1 terung- dipotong
1 cawan santan

utk tumisan darat:
3 bwg merah - mayang halus
daun kari
1 tsp jintan manis
1 tsp halba campur
cili kering - potong pendek2
garam gula secukup rasa

rebus kacang dal dgn kunyit, cili hijau, bwg beso, bwg putih  n halia..rebus bior kacang dal tu empuk n bahan2 lain semua separa hancur [kalau nak senang..blend je separuh bahan2 ni bila dah agak2 nak empuk..so ade aa texture sket..yg smooth n yg chunky]
bila dah empuk.. bleh masukkan sayur-sayuran plak..bleh gak pecahkan telur ke dlm kuah kalau suka
then masukkan santan..kacau bior mendidih jap..hingga kepekatan yg dikehendaki..perisakan garam gula
tumis bhn2 tumisan darat then curah je kedalam kuah parpu..bior kejap then bleh tutup api n siap utk dihidangkan


makaroni dan kawan-kawannya..

tempahan sarapan dari ezral untuk 30 orang tetamunya..
menu penuh:
Nasi Lemak berlauk Sambal Kerang+ Paru Berlada + Sambal Daging
Makaroni Bakar
Kuih Serimuka Pulut Hitam
Popia Sayuran Goreng Bercili




malangnya ini aje gambar yang sempat diambil...yg lain seperti biasa..terlupa :D

sandwich telur hancur bersos lada hitam dan cendawan




Posted by Picasa

santapan malam, bekal pagi...

now rumah nih dah officially jadik rumah sakit, sebab semua tgh demam n batuk n selsema sekarang. so, sapa2 yg tgh sihat yg berhajat nak dtg my house, lupakan je lah buat seketika...not a good idea :D
dah penghuninya sakit..menunyer pun ala2 hospital je lah. tak pedas, tak leh masin, kene buh sayur byk2 n as simple as possible
simple?? satu lauk je lahh..hehehehe

ayam brokoli sos tiram. makan dgn nasi lembek..tu aje dinner kitorang.
senang telan, tak sakit tekak..afeef pun suka


ni plak bento afeef ke sekolah. tak sembuh betul lagi tapi since suhu badan dia dah tak berapa panas..pegi aje lah
harap2 dia boleh lah menghadapi exam kali ni..insyaallah.

bento set nih baru nak rasmi..beli kat daisho


brokoli kukus dgn mayo, pastu sosej keju kukus dgn roti wholemeal


siappp!!
Posted by Picasa

more function @PO




Posted by Picasa




Posted by Picasa

masak masak for RMC

SETTING PREP :

MORNING TEA-BREAK :






Posted by Picasa
LUNCH




Posted by Picasa




Posted by Picasa




Posted by Picasa

AFTERNOON TEA



Posted by Picasa


Posted by Picasa

You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template