Showing posts with label educational. Show all posts
Showing posts with label educational. Show all posts

Tuan Muda mendapat ganjaran...


Tuan Muda Afeef sedang menikmati hidangan aiskrim Tutti Frutti idaman hatinya dengan penuh bahagia.
Aplikasi Teknik Memberikan Ganjaran Cara Nabi Muhammad SAW
 
Dek teruja selama ini mengikuti perkembangan aplikasi teknik dorongan cara nabi muhammad SAW oleh rakan-rakan, kali ini kami memilih untuk melakukan salah satu lagi tekniknya.
Sepanjang tempoh persediaan pra dan ketika peperiksaan yang baru berlalu, Afeef telah menunjukkan kesungguhan dan fokus yang meningkat berbanding dengan sebelumnya. Latih-tubi ulangkaji dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh. Tempo pembelajarannya bertukar dari berjalan-jalan santai kepada berlari-lari. Beliau juga lebih berdisiplin mengikuti jadual hariannya. JUga amalan-amalan tambahan seperti sembahyang hajat dan sunat turut tidak dilupakan.
Impaknya, beliau lebih bersedia dan yakin kala hari peperiksaan. Tiada reaksi 'jiwa kacau' yang ditunjukkan kala pulang dari sekolah pada hari peperiksaan. [aksi jiwa kacau ini akan terjadi apabila beliau menghadapi kesukaran/ketidakpastian semasa peperiksaan]
Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi peperiksaannya, tiada lagi jawapan yang berbunyi 'Entahlah' atau 'Tak tahulah'.. Jawapan yang lebih positif dan berbunga harapan menjadi pengganti.
alhamdulillahhh...syukur pada allah swt
Keputusan peperiksaan belum lagi diketahui, tetapi sebagai ganjaran di atas perubahannya yang sungguh positif , Afeef dibelanja abahnya Tutti Frutti yang sangat disukainya.
[Perlu dinyatakan dengan jelas ganjaran itu untuk apa perbuatan baik dan positif yang telah dilakukan]
Sekiranya diizin Allah keputusan kali ini cemerlang, kami akan fikirkan ganjaran positif yang lain tapi buat masa ini tiada janji apa-apa yang diberikan sebagai 'umpan' kejayaan.
Afeef telah sedia faham yang usahanya untuk belajar perlu dibebaskan dari pengharapan habuan atau janji-janji kebendaan.
 ............................................................................................................................
Memetik satu catatan dari blog cikgu Khairulaniza Khairuddin [ini antara rakan sumber inspirasi saya]:
"Nabi Muhammad ada memberi ganjaran material. Sebagai contoh, selepas perang Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta rampasan perang kepada anggota tenteranya.
Beberapa panduan memberikan ganjaran sosial cara Nabi Muhammad. 
  1.  Ganjaran diberikan selepas prestasi kerja mereka meningkat naik, yakni ada kemajuan.
  2. Semua orang dalam kumpulan menerima ganjaran material masing-masing, yakni tidak ada yang tidak menerima ganjaran material.
  3. Nabi tidak mengucapkan janji akan memberi hadiah sebelum kerja dilakukan.
Posted by Picasa

Selamat menempuh ujian, anakku....

afeef akan menempuh ujian PKSR1 bermula hari ini...semoga tenang, berhati hati menjawab soalan
dan semoga dikurniakan allah kejayaan..aminnn

dan harapan yang sama untuk adini n amin yg turut sama menempuh peperiksaan harini di sekolah mereka
semoga berjaya!

apa yang penting, kerjasama....

ni projek afeef dan amirul feissal untuk satu pertandingan di SKTTP. Dorang pilih untuk buat replika kota a famosa sebab tak ramai yang end up pilih subjek ni. 
Hadiah utamanya rm100, 2 tempat untuk ke lawatan kilang honda dan voucher makan kat kantin bernilai rm10 seorang..hihihihi jadik la kannn
 untuk beberapa petang sebelum dan selepas exam, budak 2 orang nih berkampung kat garden depan untuk menyiapkan kerja. anak2 jiran yg lain pun ade yang turut serta meramaikan suasana..
mak n abahnya pun tumpang sekaki esp bhg kerja2 halus :) no point lah mak bapak terer bagai buat model tapi takmo turunkan ilmu kat anak2 kann?

model nih kitorang gunakan foam cucuk bunga plastik..ni coating plaka putih yang ke tiga lapis


base polisterin untuk terrain bukit st paul. hairdryer digunakan utk mempercepatkan proses pengeringan coating  cat plaka

pasir halus ni diwarnakan dengan pewarna makanan hijau pastu dikeringkan untuk dijadikan rumput..pasir ehsan dari surau amanputra

ranting bunga kertas yang telah menjadik mangsa untuk dijadikan pokok miniatur
span basuh pinggan untuk dibuat daun pokok

memasang daun ke ranting pokok..hihihi

proses membuat meriam

meriam yg dah siap tapi belum disolek :)

afeef mengecat meriam

feissal touch up porta de santiago

base untuk meriam
Posted by Picasa

pandangan dari hadapan. ni dah almost final..tapi blom letak rumput 

ni final touch up

another view
Posted by Picasa

aerial view

fasad gerbang belakang

meriam siap dimekapkan n dilekatkan pada base

another view
Posted by Picasa

view mat enterprem

lanskap tambahan..hehehehe

model siappp...baru tempek garisan jalan


apa yang penting kerjasama!
Posted by Picasa

urban spriritual grafitti presentation....



Posted by Picasa

BRIDGES : Dialogue with Rev, Jesse Jackson



Posted by Picasa

motivation workshop

Penyertaan masih dibuka..
Jangan lepaskan peluang untuk kebaikan masa depan anak anda!!
Kami turut membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menaja penyertaan anak-anak yatim dari Rumah Limpahan Kasih ke Program motivasi ini . Penajaan untuk seorang peserta adalah sebanyak RM30 sahaja...anda boleh menaja sebanyak mana peserta yang anda ingini
Posted by Picasa

You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template