PERHIMPUNAN BLOGGERS

 Beberapa pemilik blog, antaranya;

1. Shahpaskal dari Military of Malaysia
2. Sham dari Ondscene
3, Mazidul Akmal Sidik dari Bersama Mazidul
4. Zara dari Dunia Sebelah Zara
5. Hazrey Gegula dari I am not a Sugar Daddy, not even an Abang Angkat[yet]

 sedang cuba untuk menganjurkan perhimpunan bloggers paling ramai untuk dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records.



7. Sila ke tampalan ini untuk mencatatkan status kehadiran anda.

[maklumat di'plagiat' dari blog bapak gula2] 

*Terkini dari blog Ondscene
Untuk makluman semua, kerja-kerja persiapan akhir untuk perjumpaan kita pada Sabtu 6 Mac ini sedang giat dilakukan.

Kami sebenarnya tidak mengetahui jumlah sebenar yang akan hadir, sehinggalah hari pendaftaran.

Oleh itu, persiapan ini dilakukan dengan mengambil kira beberapa situasi yang tidak dijangka jika berlaku.

Petang ini saya akan ke lokasi perjumpaan untuk membuat tinjauan akhir

Rakan-rakan lain terutama Mazidul dan Fatther of Sweets sedang bertungkus-lumus mendapatkan seberapa banyak sponsor khas untuk kita.

Seorang pembaca pula, bersetuju menghadiahkan 10 kek untuk majlis kita nanti.

Saya ditugaskan sebagai mengetuai bahagian lojistik dan urusetia yang banyak dibantu oleh rakan-rakan dari mediacom999

Untuk perjumpaan ini, kira-kira 30 orang petugas akan ditempatkan di lokasi ini untuk melicinkan perjalanan tertemuan kita.

Ia meliputi:

Urusetia Pendaftaran - mencatatkan semua butiran anda dan akan memberikan nombor untuk 'lucky-draw', dan tag nama/blog anda.

Tunjuk arah - akan menyediakan papantanda arah ke lokasi

Parking - akan menyelaras ruang tempat letak kereta anda

Acara - menyelaras aktiviti  ketika perjumpaan ini

Hadiah/door-gift- menyelaras semua hadiah, sponsor yang kita dapat kumpulkan dan pengagihannya. Ia juga termasuk untuk 'lucky-draw'

Logistik- membantu anda untuk mendapatkan ruang membentangkan tikar /ruang bersantai di sekitar lokasi

Keselamatan/kecemasan - kami mehyediakan anggota perubatan terlatih untuk membantu anda jika ada kes-kes kecemasan

BBQ - petugas akan membantu ketika BBQ diadakan

Itu antara persiapan yang sedang saya lakukan, walaupun sebenarnya masa agak suntuk.

Anda boleh merujuk blog Mazidul untuk beberapa update terkini.

Untuk mendapatkan anggaran kehadiran anda, kepada pembaca blog ini, sila nyatakan kehadiran di dalam ruangan komen di sini. Saya tidak menetapkan sebarang 'target', kerana ia terbuka kepada seiapa sahaja samada anda ada blog, pembaca blog ini atau anda kebetulan singgah di blog ini.

Tetapi yang pasti, ada macam-macam untuk anda pada 6hb Mac nanti...!!!

0 comments:

You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template