Showing posts with label sauce and gravy. Show all posts
Showing posts with label sauce and gravy. Show all posts

Resepi untuk KAYA...


yang ini resepi kaya yang dipelajari dari arwah maktuk..

Kaya Gula Hangus @Kaya Original Mak Tok

Bahan-bahannya:

3 biji telur saiz besar

1 mug saiz sederhana santan pekat [jika guna cawan anggaran la dlm 1 1/4 cwn]

4 sudu besar gula pasir

6 sudu besar gula - untuk dihanguskan

1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara:

Pukul telur dan gula pasir hingga gula larut tetapi jgn pukul kuat sangat untuk mengelakkan adunan kembang. Campurkan bancuhan telur bersama santan dan tepung jagung

Panaskan gula di dalam periuk, hanguskan dengan api perlahan sehingga sekali berbuih. Elakkan gula hangus terlalu gelap kerana rasanya akan sedikit pahit

Apabila sudah naik buih..masukkan bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau tanpa henti untuk mengelakkan kaya jadi berbintil-bintil.

Bila konsistensi kaya agak pekat dan sedikit berkilat bolehlah ditutupkan api. [apabila kaya sejuk ia akan menjadi lebih pekat dari konsistensi ketika ia panas]

siap untuk dihidangkan!!

.............................................................................

Yang ini pula resepi kaya hailam yang diajarkan oleh jiran, diwarisi dari ibu mertuanya yang berketurunan nyonya katanya...

Kaya Hailam Lokman

Bahan-bahannya :

1000g Santan Pekat

5 biji Kuning Telur

5 biji Telur

500g Gula Pasir Halus

5 helai Daun Pandan

2 sudu besar Tepung Jagung - dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

Sediakan double-boiler untuk memasak kaya.

Kacau telur dan gula perlahan-lahan hingga gula hancur.

Campurkan adunan telur dan gula bersama santan dan daun pandan ke dalam double boiler.

Kacau adunan kaya dengan kerap agar tidak berbintil dan sekata lebih kurang 1 jam.

Campurkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kaya. Kacau lagi selama 1 jam.

Sejukkan kaya dan siap untuk dihidangkan



oh ya..gambar-gambar adalah ihsan dari internet :D


Sos Lada Hitam & Cendawan

atas permintaan @cu SaYaNg, ni haa resepinya
Sos ni  versi segera so, resepinya campak-campak aja, next time saya sukat betul2 eh..:)
yg from scratch pun ada gak..nanti  saya tempekkan kat sini..


Sos Lada Hitam Cendawan [ala segera]


2 bawang besar - diced
2 ulas bawang putih- chopped
1 tin cendawan butang [atau apa saja cendawan pilihan] - sliced/chopped
1 botol sos lada hitam
1/2 - 1 tin susu cair
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sahaja cuka
garam & gula secukup rasa
air secukupnya
sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
chicken/beef granules/powder/cube
tepung jagung secukupnya - dibancuh dgn sedikit air
bay leaf- jika ada
sedikit mentega untuk menumis


panaskan mentega dan tumiskan bawang besar + bawang putih hingga layu  [tak perlu garing]
masukkan cendawan cincang dan tumiskan lagi
masukkan semua bahan..renih hingga sedikit pekat dan perisakan secukup rasa

sos ni nak buat sos cecahan boleh, nak buat gravy pun boleh . Adjust konsistensinya sahaja
lebih lama direnih, rasanya lebih sedap

*off topic

regarding resepi ketam ala ala kat cheng ho tu..cud be this one
kene sama2 try lah yerr..



Ingredients


  • 1kg crabs



  • 1 cup tapioca flour



  • Oil for deep-frying



  • 3 salted egg yolks



  • 5 bird’s eye chillies, chopped



  • 2 stalks curry leaves



  • 3 tbsp butter



  • ½ tsp salt or to taste



  • ½ tsp pepper



  • 1½-2 tsp sugar



  • 3 tbsp evaporated milk Method
    Clean the crabs. Remove the pincers and trim the legs. Cut into 4 pieces.

    Steam salted egg yolks for 3-4 minutes. Remove and use a fork to break up the egg yolks.

    Toss crab pieces in tapioca flour. Deep-fry in hot oil till golden in colour. Remove and leave aside.

    Melt butter in a wok, sauté curry leaves and bird’s eye chillies until aromatic. Add salted egg yolks, keep stirring until egg yolks are incorporated into the butter sauce.

    Add pepper, salt, sugar and evaporated milk then stir in pre-fried crabs. Stir-fry briskly to mix. Dish out and serve immediately.



  • You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
    Dilectio Blogger Template