yang ini resepi kaya yang dipelajari dari arwah maktuk..
Kaya Gula Hangus @Kaya Original Mak Tok
Bahan-bahannya:
3 biji telur saiz besar
1 mug saiz sederhana santan pekat [jika guna cawan anggaran la dlm 1 1/4 cwn]
4 sudu besar gula pasir
6 sudu besar gula - untuk dihanguskan
1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara:
Pukul telur dan gula pasir hingga gula larut tetapi jgn pukul kuat sangat untuk mengelakkan adunan kembang. Campurkan bancuhan telur bersama santan dan tepung jagung
Panaskan gula di dalam periuk, hanguskan dengan api perlahan sehingga sekali berbuih. Elakkan gula hangus terlalu gelap kerana rasanya akan sedikit pahit
Apabila sudah naik buih..masukkan bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau tanpa henti untuk mengelakkan kaya jadi berbintil-bintil.
Bila konsistensi kaya agak pekat dan sedikit berkilat bolehlah ditutupkan api. [apabila kaya sejuk ia akan menjadi lebih pekat dari konsistensi ketika ia panas]
siap untuk dihidangkan!!
.............................................................................
Yang ini pula resepi kaya hailam yang diajarkan oleh jiran, diwarisi dari ibu mertuanya yang berketurunan nyonya katanya...
Kaya Hailam Lokman
Bahan-bahannya :
1000g Santan Pekat
5 biji Kuning Telur5 biji Telur
500g Gula Pasir Halus
5 helai Daun Pandan2 sudu besar Tepung Jagung - dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara:
Kacau telur dan gula perlahan-lahan hingga gula hancur.
Campurkan adunan telur dan gula bersama santan dan daun pandan ke dalam double boiler.
Kacau adunan kaya dengan kerap agar tidak berbintil dan sekata lebih kurang 1 jam.
Campurkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kaya. Kacau lagi selama 1 jam.
Sejukkan kaya dan siap untuk dihidangkanoh ya..gambar-gambar adalah ihsan dari internet :D
2 comments:
resepi yang mesti dicuba sebab tak ada kaya kat sini... thanks. for sharing the recipe.
sama sama kasih :D
Post a Comment