thosai..tosei..tosey [or wutever u called it] & friends..


untuk menunaikan permintaan pembaca blog yg bernama 'rimbun', ini adalah resepi thosai & cutni dalam simpanan saya..tested & proven sedap :D
rimbun..selamat mencuba ya! :D


THOSAI

Bahan-bahan:
3 3/4 cawan Beras
1 1/4 cawan mumbung Kacang Hitam/Urundhu
1 sudu besar rata Halba
1 sudu besar Nasi Sejuk
garam secukup rasa

Cara-cara:
Bilas beras hingga bersih. Masukkan ke dalam bekas bersama air untuk rendaman.
Longgokkan halba di tengah-tengah beras [jangan dikacau] dan rendam semalaman.
Bilas kacang hitam hingga bersih dan direndam semalaman.
[Anggaran masa rendaman – 12 jam]
Toskan kedua-dua bahan secara berasingan.
Kisar kacang dengan sedikit air hingga betul-betul halus.
Beras dikisar bersama nasi sejuk sehingga halus.
Campurkan kedua-dua bahan kisar tadi bersama sedikit garam dan gaulkan satu arah dengan tangan hingga sebati.
Masukkan ke dalam periuk/bekas stainless steel yg bertutup rapat dan peram semalaman.
Masak thosai seumpama membuat dadar/ketayap

Nota:
Jika bancuhan terlalu pekat, cairkan sedikit dengan menggunakan air sejuk.
Bancuhan thosai mentah ini mampu bertahan selama 2-3 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.


CHUTNI KELAPA MANIS

Bahan-bahan:
Sedikit Halba campur
Bawang merah – dimayang halus
Cili kering – dipotong pendek-pendek
Sedikit daun kari

Dikisar halus:
1 biji Kelapa Parut [putih sahaja]
3 biji Cili Kering
3 biji Cili Padi

sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, bawang, cili kering dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan kacau di atas api sederhana panas. Biar sebati dan jangan sampai pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.



KUAH PARPU

Bahan-bahan:
1 cawan dhal[parpu holland] - rendam semalaman
sedikit serbuk kunyit
3 biji cili hijau - dipatah-patahkan
1 bawang besar - dadu
4 ulas bwg putih
1" halia - cincang halus
1 tomato - potong baji
1 petola saiz kecil - dipotong
1 terung- dipotong
1 cawan santan

utk tumisan darat:
3 bwg merah - mayang halus
daun kari
1 tsp jintan manis
1 tsp halba campur
cili kering - potong pendek2
garam gula secukup rasa

rebus kacang dal dgn kunyit, cili hijau, bwg beso, bwg putih  n halia..rebus bior kacang dal tu empuk n bahan2 lain semua separa hancur [kalau nak senang..blend je separuh bahan2 ni bila dah agak2 nak empuk..so ade aa texture sket..yg smooth n yg chunky]
bila dah empuk.. bleh masukkan sayur-sayuran plak..bleh gak pecahkan telur ke dlm kuah kalau suka
then masukkan santan..kacau bior mendidih jap..hingga kepekatan yg dikehendaki..perisakan garam gula
tumis bhn2 tumisan darat then curah je kedalam kuah parpu..bior kejap then bleh tutup api n siap utk dihidangkan


2 comments:

Mila@Rimbun said...

thank you soooooo much. dah jenuh surf kat tenet ni cari resepi tossei tp tak jumpa... wah leceh jugak yer... kena 2 hari before nak makan kena start dah huhuhuh. chutni kelapa manis tuh kuah putih tu kan... suka makan ngan tossei tp tak tau nama... now i know kekeke.. thanks yerrr

Dr. Zuhaira said...

Salam ninoz dan semua pembaca blog cangkirbiru,

Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template