ayam bakar latamyo dan kawan-kawannya..hihihi





ada yang bertanyakan resepinya ...mudah aja :D

Ayam Bakar Lada Hitam Mayo

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan dan dikeringkan [nak potong pun boleh]

dikisar/tumbuk halus : [kalau boleh jangan gunakan air]
2 tbsp Lada hitam - ditumbuk kasar
4 cm Halia
1 labu bawang putih
4-6 tbsp madu
1 tbsp kicap pekat
1/2 -1 cawan mayonis
perahan lemon secukupnya

dipotong kasar-kasar:
kentang
carrot
celery
bawang bombay

sedikit minyak zaitun/butter

cara-cara:
lumur  bahan kisar pada ayam dan perapkan 1-3 jam [kalau terlalu lama nanti berair]
griskan dulang bakar dengan butter/minyak dan susun sayuran yang dipotong kasar.
letakkan ayam di atas sayuran dan bakar hingga masak. anggaran tempoh masak adalah satu jam pada api yang sederhana panas
hidangkan bersama salad sayuran segar dan sambal cili pudina [atau apa apa aja cecahan yang disukai]

senang kan?

5 comments:

Deliah's Deli said...

salam...nampak sedap ayam tu-sure rase pun sedap! *cantik susunan kuih talam kat bwh tu-nape ia disusun begitu eyh? :)

ninoZ said...

black pepper mayo grilled chicken namanya..insyaalah mudah dan sedap :)

kuih yg di bawah itu?
disusun sedemikian kerana saya terlebih rajin..hehehehe

Darling Pya said...

wah...sangat sedap kak..
x nak publish resepi ke kak??
hehehehe

Kujie said...

nak resepi ni.... suka..suka..

tapi..bile nak buatnya..hhehe

Unknown said...

Latamyo tu nama glamer rupanye.. ku sangka.. rempah jenis baru.. haha..
Thnks 4 the recipe

You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template