buah tunjuk langit namanya...



Buah Swietenia Macrophyllae yang lebih dikenali sebagai buah tunjuk langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini seteleah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperoleh daripada buah tersebut. Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Tunjuk Langit mengandungi banyak khasiat herba semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Biji Tunjuk Langit mempunyai keistimewaan yang sukar diperoleh daripada mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia megadunig kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu ‘Flavonooids’, ‘Saponins’ dan ‘Bitter Alkaloid’. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.




Fakta nutrisi buah Tunjuk langit:

  • protein
  • vitamin b1
  • zat besi
  • vitamin d
  • asid folik
  • karbohidrat
  • vitamin a
  • fiber diet
  • potassium
  • vitamin e
  • kalsium
  • vitamin b6
  • magnesium
  • sodium
  • vitamin b3


Posted by Picasa



Flavonoids semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaanya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ginseng, coklat dan tongkat ali. bahan flavonoids yang semulajadi terdapat dalam biji tunjuk mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti-pengoksidaan.

Fungsi2 utama flavonoids:

  • mengurangkan tahap gula dalam darah
  • menyeimbangi kandungan gula dalam darah
  • memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan
  • memperbesar dan menguatkan keanjalan saluran darah
  • mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

Posted by Picasa

1 comments:

ILA said...

Nin, pokok nie yg besaq2 dok tepi jalan kan? kalau betul lah..
sorang uncle tukang umah, dia ada cakap..dia nk pegi amik buah [taktau la nama apa] kat tepi jalan. Dia kata, ramai pakat2 kutip buah nie sbb bagus utk kesihatan. Kalau lalu sepanjang jalan federal highway atau jalan2 lain, mmg byk buah nie.

You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template