pergi tak kembali...

baru semalam diaturkan rancangan untuk berjumpa beliau pada hujung minggu ini atau minggu hadapan untuk kolaberasi satu projek dan kami sangat teruja menanti tiba masa pertemuan itu..

tapi ketentuan ilahi mengatasi segalanya, Dia lebih menyayanginya...

moga rohnya dicucuri rahmat allah dan ditempatkan bersama yang beriman...

yang pergi, tak kembali....

al fatihah.

"Aspirasi: Apabila Ustaz Asri 'marah'
Oleh Ramli MS

Cara teguran 'kasar' buat anak didik ketawa apabila nadanya seperti memujuk seorang kekasih

"ASSALAMUALAIKUM... Sudah tiba masanya saya bercakap mengenai genre muzik nasyid. Bermulanya genre nasyid di sini daripada teman saya sendiri, Nassier Abu Kassim yang menerbitkan album Raihan pertama. Sekarang Nasir dah jadi orang kuat Datuk Tony Fernandes di AirAsia Sdn Bhd, dulunya dia bersama Warner Music.

Apabila terhasilnya album Raihan, ia berjaya menampilkan angka jualan yang begitu besar, 600,000 unit! Genre muzik nasyid ini semuanya baik, tidak ada cacat cela walaupun urusan muzik ini lebih kepada perniagaan, namun akidah mereka tidak terpesong daripada genre muzik yang diperkenalkan di pasaran ini.

Saya sungguh tertarik dengan seseorang ini, Ustaz Asri dari Rabbani.

Baru-baru ini saya bersamanya pada Anugerah Era Keenam (AE06), sebelum saya menulis artikel ini. Ketika Asri menyanyi, saya ada di bawah pentas untuk menunggu giliran saya memainkan lagu Ning (Baizura) selepas dia.

Sudah lama saya mendengar keunikan suara Asri. Mungkin pada malam AE06, disebabkan saya bosan menunggu, tumpuan saya pula 100 peratus ke arah nyanyiannya, saya berasakan Asri sungguh beruntung kerana dia dianugerahi suara yang begitu merdu apabila dia mengalunkan nyanyian ke arah seperti orang mengaji al-Quran.

Sekalipun Asri menyanyi dalam bahasa Melayu, tajwidnya banyak ke arah mengaji. Saya terpegun dengan kelunakan suara Asri, macam suara turun dari langit! Anugerah Tuhan yang begitu berharga buat Asri.

Saya mengenali Asri sudah lama. Dia seorang yang sungguh kelakar dan sopan apabila berbicara. Tidak pernah saya mendengar dia bercakap sesuatu yang tak elok pada pendengaran kita. Walaupun dipaksa oleh saya, beliau enggan!

Saya ingin bercerita di sini, ketika saya menerbitkan album seorang penyanyi popular suatu ketika dulu, penyanyi berkenaan ada menyanyikan sebuah lagu Arab. Bahasa Arab itu saya memanglah tidak fasih. Jadi, saya memanggil Asri sebagai juru bahasa.

Ketika artis berkenaan menyanyi dengan kurang penghayatan, saya suruh Asri memarahi penyanyi itu! Cara dia marah, 慗anganlah nyanyi macam tu...�

Cara Asri memarahi penyanyi itu, seperti seorang pemuda yang sedang memujuk seorang kekasih! Itulah cara marah Asri sehinggakan penyanyi itu sendiri ketawa besar!

Itulah Asri yang saya kenali...Dia seorang yang setara dengan gelaran Ustaz Asri. Perwatakan Asri terlalu taat kepada kesopanan.

Tidak seperti saya apabila marah! Jadi, saya amat mengagumi perwatakan Asri. Rabbani masih bertahan kerana muziknya berubah bersama peningkatan yang amat baik.

Sebab itu kita dapat melihat Rabbani banyak memenangi anugerah berprestij di tanah air mereka sendiri termasuklah Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH). Setiap kali Rabbani menyertai anugerah, mereka tidak pulang dengan tangan kosong.

Tuhan memberi kelebihan kepada Ustaz Asri bersama suara yang begitu lunak. Kalau kita mendengar dia azan, macam nak `pengsan� kita dibuatnya dengan kelunakan suaranya. Bertuahnya Asri kerana dia berada di arena seni suara. Tumpuan akan diberikan kepadanya.

Saya percaya Tuhan juga ada memberi suara yang lunak kepada orang lain, tapi saya rasa Asri lebih bertuah! Sebenarnya saya tidak mahu melihat kumpulan nasyid ini bersaing.

Bagi saya, nasyid itu adalah satu pengorbanan kepada agama. Secara peribadi, saya tidak melihat nasyid sebagai satu perniagaan.

Saya percaya, Asri pun tidak ada niat untuk bersaing dengan tujuan mencari keuntungan. Menerusi nasyid, ia adalah satu cara Asri untuk berdakwah.

Memandangkan kepada personaliti dan keikhlasan Asri, saya tidak mahu mengarahkan fikiran saya yang dia itu sedang berniaga atas urusan berdakwah dalam genre nasyid ini.

Mungkin apa yang diperoleh Asri bersama Rabbani di atas nyanyian mereka hanya sebagai satu token atau pemberian rezeki. Saya juga melihat Asri sebagai seorang yang sangat adil, tidak lokek. Dia sangat berpegang teguh kepada diri sendiri.

Cuma satu yang akan saya tuntut sampai bila-bila - kopiah dia yang dia janji nak hadiahkan kepada saya!

Kopiah yang di atas kepalanya itu, sampai sekarang saya minta, tak dapatdapat! Asri nak bagi yang baru, saya tak nak. Saya tetap nak kopiah yang di atas kepalanya itu!

Ustaz Asri bukan seorang yang mementingkan diri sendiri, cuma bab kopiah, dia mementingkan dirinya!

Namun, untuk Asri meninggalkan Rabbani apabila dia dah boleh pergi secara solo, dia tidak akan sesekali berbuat begitu.

Sekiranya kejujuran yang diterapkan Asri dibawa bersama Rabbani, insya-Allah Rabbani akan terus bahagia.

Kalau kejujuran dibawa bersama, kebahagiaan rezeki bersama itu akan terus berkekalan. Selagi itulah peminat akan terus memberikan sokongan kepada Asri dan Rabbani. Baiklah, sehingga kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam!"

-petikan dari kolum aspirasi, berita minggu suatu masa dahulu

1 comments:

zie said...

Ya Allah kau tempatkanlah dia bersama-sama dengan orang-orang yang saleh
Ya Rabbi berikanlah kami peluang dan kekuatan untuk meneruskan perjuangannya dalam memartabatkan Islam.
Kehilangannya begitu dirasakan. sehingga ke saat ini kolam hati ini masih basah dengan titisan air mata perpisahan...

You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template