Sedang demam bola...

Tuan Muda mendapat ganjaran...


Tuan Muda Afeef sedang menikmati hidangan aiskrim Tutti Frutti idaman hatinya dengan penuh bahagia.
Aplikasi Teknik Memberikan Ganjaran Cara Nabi Muhammad SAW
 
Dek teruja selama ini mengikuti perkembangan aplikasi teknik dorongan cara nabi muhammad SAW oleh rakan-rakan, kali ini kami memilih untuk melakukan salah satu lagi tekniknya.
Sepanjang tempoh persediaan pra dan ketika peperiksaan yang baru berlalu, Afeef telah menunjukkan kesungguhan dan fokus yang meningkat berbanding dengan sebelumnya. Latih-tubi ulangkaji dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh. Tempo pembelajarannya bertukar dari berjalan-jalan santai kepada berlari-lari. Beliau juga lebih berdisiplin mengikuti jadual hariannya. JUga amalan-amalan tambahan seperti sembahyang hajat dan sunat turut tidak dilupakan.
Impaknya, beliau lebih bersedia dan yakin kala hari peperiksaan. Tiada reaksi 'jiwa kacau' yang ditunjukkan kala pulang dari sekolah pada hari peperiksaan. [aksi jiwa kacau ini akan terjadi apabila beliau menghadapi kesukaran/ketidakpastian semasa peperiksaan]
Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi peperiksaannya, tiada lagi jawapan yang berbunyi 'Entahlah' atau 'Tak tahulah'.. Jawapan yang lebih positif dan berbunga harapan menjadi pengganti.
alhamdulillahhh...syukur pada allah swt
Keputusan peperiksaan belum lagi diketahui, tetapi sebagai ganjaran di atas perubahannya yang sungguh positif , Afeef dibelanja abahnya Tutti Frutti yang sangat disukainya.
[Perlu dinyatakan dengan jelas ganjaran itu untuk apa perbuatan baik dan positif yang telah dilakukan]
Sekiranya diizin Allah keputusan kali ini cemerlang, kami akan fikirkan ganjaran positif yang lain tapi buat masa ini tiada janji apa-apa yang diberikan sebagai 'umpan' kejayaan.
Afeef telah sedia faham yang usahanya untuk belajar perlu dibebaskan dari pengharapan habuan atau janji-janji kebendaan.
 ............................................................................................................................
Memetik satu catatan dari blog cikgu Khairulaniza Khairuddin [ini antara rakan sumber inspirasi saya]:
"Nabi Muhammad ada memberi ganjaran material. Sebagai contoh, selepas perang Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta rampasan perang kepada anggota tenteranya.
Beberapa panduan memberikan ganjaran sosial cara Nabi Muhammad. 
  1.  Ganjaran diberikan selepas prestasi kerja mereka meningkat naik, yakni ada kemajuan.
  2. Semua orang dalam kumpulan menerima ganjaran material masing-masing, yakni tidak ada yang tidak menerima ganjaran material.
  3. Nabi tidak mengucapkan janji akan memberi hadiah sebelum kerja dilakukan.
Posted by Picasa

Ya benar sekali...

sudah lama benar tidak mengemaskini blog..

Azam tahun baru akan cuba menggigihkan diri untuk mengemaskini sekerap mungkin ..insyaallah..

sungguh sangat rindu menulis semula...

Resepi untuk KAYA...


yang ini resepi kaya yang dipelajari dari arwah maktuk..

Kaya Gula Hangus @Kaya Original Mak Tok

Bahan-bahannya:

3 biji telur saiz besar

1 mug saiz sederhana santan pekat [jika guna cawan anggaran la dlm 1 1/4 cwn]

4 sudu besar gula pasir

6 sudu besar gula - untuk dihanguskan

1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara:

Pukul telur dan gula pasir hingga gula larut tetapi jgn pukul kuat sangat untuk mengelakkan adunan kembang. Campurkan bancuhan telur bersama santan dan tepung jagung

Panaskan gula di dalam periuk, hanguskan dengan api perlahan sehingga sekali berbuih. Elakkan gula hangus terlalu gelap kerana rasanya akan sedikit pahit

Apabila sudah naik buih..masukkan bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau tanpa henti untuk mengelakkan kaya jadi berbintil-bintil.

Bila konsistensi kaya agak pekat dan sedikit berkilat bolehlah ditutupkan api. [apabila kaya sejuk ia akan menjadi lebih pekat dari konsistensi ketika ia panas]

siap untuk dihidangkan!!

.............................................................................

Yang ini pula resepi kaya hailam yang diajarkan oleh jiran, diwarisi dari ibu mertuanya yang berketurunan nyonya katanya...

Kaya Hailam Lokman

Bahan-bahannya :

1000g Santan Pekat

5 biji Kuning Telur

5 biji Telur

500g Gula Pasir Halus

5 helai Daun Pandan

2 sudu besar Tepung Jagung - dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

Sediakan double-boiler untuk memasak kaya.

Kacau telur dan gula perlahan-lahan hingga gula hancur.

Campurkan adunan telur dan gula bersama santan dan daun pandan ke dalam double boiler.

Kacau adunan kaya dengan kerap agar tidak berbintil dan sekata lebih kurang 1 jam.

Campurkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kaya. Kacau lagi selama 1 jam.

Sejukkan kaya dan siap untuk dihidangkan



oh ya..gambar-gambar adalah ihsan dari internet :D


You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template