Benar, saya tidak pernah menurunkan resepi makaroni di sini..sebab utamanya mudah aja..tak pernah ada sukatan yg tepat sebab sungguh, ianya sekadar campak2 aja bergantung kepada apa yg ada..:D
harap dapat anggarkan dan ubahsuai sendiri bahan-bahannya ikut kebiasaan yg kita suka..
harap dapat anggarkan dan ubahsuai sendiri bahan-bahannya ikut kebiasaan yg kita suka..
Makaroni Bakar Asas
250g macaroni - dicelur hingga kembang dalam air yang bercampur sedikit garam dan minyak/butter [air jgn terlalu byk]
toskan pasta dan simpan air rebusan. Lebihan kanji pasta dlm stok rebusan akan membantu menyedap/memekatkan macaroni
dicincang halus utk ditumis:
4-5 ulas bawang putih
1 bawang besar india
1-2 inci halia
300g daging/ayam cincang/udang
2 biji bawang bombay kuning - didadu kasar
1 senduk cili - anggar ikut kepedasan yang disukai
1/2-1 peket rempah kari/beriani/kurma/rempah masak cap ros/bukhari/jintan manis+jintan putih tumbuk
1 tin kecil puri tomato
1 tin sup tomato
stok ayam secukupnya [jika suka]
garam dan gula secukup rasa
didadu/hiris/parut:
1 cili benggala
1 lobak merah - diparut
1-2 terung
2-3 batang saderi
1 cawan cendawan butang/jerami/shitake/chinese [yg kering pun boleh tp rendam dulu]
2-3 tomato
atu lain lain sayuran yang disukai...[gandingkan pelbagai teks tur dan warna]
sos putih -dikacau/pukul rata:
1 tin susu cair
5-10 biji telur
sedikit tepung gandum
lada sulah
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
butter/garlic butter
untuk taburan:
daun sup/bawang dihiris
bawang goreng
lada hitam/serbuk cili kasar
parutan cheddar+mozzarella +parmigiano [atau apa2 aja keju yg ada..kalau takde pun tak pe]
panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
masukkan cili giling dan tumis hingga agak garing.
masukkan rempah dan kacau lagi hingga agak2 dah cukup masak bau rempahnya.
masukkan daging dan kacau lagi hingga daging masak then masukkan bawang dadu, tomato soup, tomato puree, stok ayam
tambahkan sedikit air rebusan pasta dan biar merenih seketika.
masukkan semua sayuran yg telah dipotong dan biarkan seketika hingga lembut/layu/masak..tambahkan air rebusan jika perlu
perisakan dengan garam n gula secukupnya
gaul rata dengan makaroni yang telah dicelur. kalau perlu tambahkan sedikit air rebusan keranacampuran pasta ini mestilah sedikit basah/berair
kacau seketika then tutup api.
griskan kaserol dengan butter.
sendukkan campuran pasta ke dalam kaserol dan ratakan.
tuangkan sos putih secukupnya.
taburkan bahan taburan
bakar hingga masak
itu aja..
makaroni tu kalau tak nak gaul dengan isiannya pun boleh
layer makaroni satu lapisan..then bahan isian pastu bahan taburan then makaroni lagi selapis n ulang proses yg lain..jadi laa makaroni lapis pulak
0 comments:
Post a Comment