Sudah lama benar berhajat nak memasak sendiri tetapi tak pernah kesampaian. Akhirnya minggu lepas nekadkan hati untuk mencuba juga masakan kegemaran kami sekeluarga ini dan alhamdulillah menjadi... cita cita asalnya mahu turut menyiapkan pecal lele..tapi apakan daya , rasa malas sungguh nak menyiang sang sang keli yang berceretek di dalam pasu besar luar rumah.. ayam pun ayam ajalah yerr..
oh ya..saya menggunakan ayam kampung Poknik yang boleh dibeli bila-bila masa di rumahnya sekiranya stok ada..:)
resepinya? mudah aja..
oh ya..saya menggunakan ayam kampung Poknik yang boleh dibeli bila-bila masa di rumahnya sekiranya stok ada..:)
resepinya? mudah aja..
Ayam Penyet Bersup Herba
Nasi putih
2 ekor ayam kampung bersaiz kecil/sederhana - dibersihkan dan dipotong 4 setiap ekor
air kelapa [jika ada] dan tambahan air secukupnya
tempe - dipotong
tauhu -dipotong
terung panjang - dipotong baji
timun, daun selasih dan kacang panjang
Dikisar halus - [gunakan sesedikit air yang mungkin semasa mengisar]
10 biji buah keras
4-5" kunyit hidup
7 biji bawang besar
6 batang serai
5" lengkuas
4 sudu besar ketumbar biji - disangrai
2 sudu besar jintan manis - disangrai
garam secukupnya
untuk sup herba:
daun bawang yang dihiris
lada sulah
garam dan gula secukup rasa
bawang putih goreng
untuk sambal :
secekak cili padi - digoreng hingga layu
8-10 cili merah - digoreng hingga layu
8-10 biji bawang merah - digoreng hingga layu
sedikit belacan - dibakar/digoreng hingga garing
2 biji buah tomato
garam dan gula secukup rasa
perahan limau nipis secukup rasa
Cara memasak:
asingkan sedikit bahan kisar lalu digaulkan bersama tempe , tauhu dan terung yang telah dipotong [boleh tambah sedikit tepung jika suka]. goreng hingga keperangan dan toskan.
gaulkan bahan kisar selebihnya bersama ayam, masukkan ke dalam periuk bersama air separas menutupi ayam dan renih hingga ayam mula empuk. perisakan garam secukupnya
tapiskan ayam beserta serdak kisaran ke dalam bekas lain . biarkan sedikit serdak kisaran bersama stok rebusan untuk menyediakan sup herba.
panaskan minyak dengan api yang kuat kemudian gorengkan ayam berserta bumbunya hingga keemasan.[jangan terlalu lama kerana ayam sudah empuk, kita cuma nak garingkan bahagian luar]. angkat dan toskan
untuk sup herba pula, cuma perisakan garam gula secukupnya, tambahkan lada sulah dan taburkan hirisan daun bawang serta bawang putih goreng
untuk sambalnya, kisarkan semua bahan dan perisakan secukup rasa. sambal mesti pedas dan sedikit manis, rasa masam biasanya tidak ketara.
hiriskan timun, potong kacang panjang dan daun selasih sebagai ulam..
siapp!
6 comments:
Akak.. Selamat HAri Raya.. I luv ayam penyet to the max.. (tp makan yg street hawker nya laa versi murah kekek).
kak long... bila buat ni?
x ajak pon.. huhuuu
ema..sangat suka nasi ayam penyet kak ruby tapi dia dah passed away..tu yg berusaha carik resepi jugak nak buat sendiri
ijah..last week, laili dgn salmi datang masa tu
hari kerja la ijah, bukan weekend, kalau weekend boleh ajak semua
sedap nye kak...
bila nak jemput datang makan nie??
hehehehee...
ha ah kan acu..tgh mempertimbangkan tarikh nih
anak pun dah mintak buat utk kawan2 kelasnya..
Ninoz, nampak sungguh menggoda ayam tu.. nak try jugak nanti buat. Thanks for the recipe.
Post a Comment