Dipetik dari seorang yang lebih manis dari gula :
Friday, June 19, 2009
I will be an angel if I am that.
* * * * *
Pada usia ini, pastinya banyak sudah dilakukan, diperolehi untuk hidup apatah lagi dalam dunia materialistik hari ini. Semuanya adalah kebendaan. Bagaikan sudah sinonim hidup kita dengan semua itu.
Di Kampung Rambah, Pontian, seorang lelaki sanggup mengorbankan kehendak dan gelojak hati ketika muda dahulu.
Dia lelaki tulen. Kemegahan semua kaum lelaki. Dan aku sendiri, terasa malu pabila berdepan dengan lelaki ini, minggu lalu.
Kalau ada anugerah untuk lelaki maskulin, Abdul Karim Mohd Jani, 52 tahun patut diberikan anugerah itu.
Dia mengenepikan tuntutan dunia sebagai seorang lelaki lazim kita dengari, yang berasaskan kebendaan.
Gadget yang paling mahal yang dimiliki cumalah sebuah telefon bimbit murah yang tiada 3G, tiada kamera video, apatah lagi kemudahan untuk melayari internet di mana jua. Harganya kurang RM100. Itupun digunakan untuk tujuan kecemasan. Ohh telefon bimbitnya juga tak boleh langsung mengambil gambar seperti yang kita miliki. Tak perlu buatnya.
Dan tidak pernah lagi sepanjang usianya menggenggam telefon bimbitnya itu, dia sibuk saling berganti menghantar sms kepada rakannya, admirernya, mahupun kerani wanita yang memakai cermin mata gelap dibeli di Tesco di tempat kerjanya.
Dialah perwira di medan kehidupan....
sila baca kisah selanjutnya di : http://bapak-gulagula.blogspot.com/2009/06/saya-tak-pakai-iphone-saya-tak-pergi.html
Pastikan temujanji anda pada hari Rabu, 1hb Julai 2009, pukul 9.00 malam di TV3..
2 comments:
Siapa orang tu yang lebih manis dari gula tu? Manis ker? Sure ker? Takper, saya rela. Haha.
Nice salutation, though. Kalau manis pun, Allah SWT punya, Dia pinjamkan. Nanti tak lama lagi kena pulangkan pada Dia.
Hope semua penyinggah dan boss yang rajin bawak you pergi kedai akan mendapat iktibar. Insya'allah.
hehehe..gula berlebihan tu racun tauuu
takpe lah hazreyy...
minggu depan pun minggu depanlahh..
yg bernilai tak rugi ditunggu...
Post a Comment