dah lama tak buat kuih nih sebenarnya.. sepatutnyer harini kene buat talam nyonya tapi me switched dgn seri ayu..more or less kuih berpandan gak kan
batch harini sebanyak 120pcs utk 2 tempat: catering kat putrajaya n satu lagi seperti biasalah utk cafe mamak kat fcm
yg atas tu the normal seri ayu n yg bawah plak kita saja test buat dlm papercup..kelapa tu kita tekan masuk dlm adunan sebelum kukus..outcome not bad lah...n to be frank...lagi cantik :D
Apam Seri Ayu
bahan-bahan:
3 biji telur
240 gm gula
240 ml santan atau susu
pes pandan secukupnya
270 gm tepung gandum - diayak
1 tsp ovallate
kelapa parut muda yg digaul dgn garam dan tepung ubi
cara-cara:
Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan santan/susu, ovallate, pes pandan dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. sudukan bancuhan tepung hingga hampir memenuhi acuan. Kukus hingga masak.
kelapa parut siap bergaul garam dan tepung ubi &bancuhan tepung siap utk dimasak
acuan diisi kelapa parut n dipadatkan & sudukan bancuhan hingga hampir penuh
seri ayu dalam kukusan dan yang siap masak disusun di dalam chafing
kukusan terakhir dalam dua versi..acuan seri ayu dan acuan kek cawan
satu utk catering dan satu lagi untuk cafe fcm
yg ni utk sarapan di rumah..
2 comments:
my alll timeee favvourriiittteee kuih. Tu yg sanggup belajar membuatnya dan tau buat kuih tu jek..
nak tiwel ayu 10 ketul.. orang jawa panggil tiwel ayu.
yeppp..me still ingat masa u mentioned u tau buat kuih nih...masa tu me still blom terer buat kuih..kuih ni tak reti langsung
same goes with your mom's pulut serimuka :D
Post a Comment