pulut serikaya..


ni lerr ghuper pulut serikaya yg buat mlm2 buta tadi.. pagi tadi
senang jek nak potong sebab dah cukup sejuk.. salunyer tak sempat tunggu sejuk, tricky gak laaa sket tapi dah pro kann..takde hal la panas ke sejuk :D
harini tak anto full talam..kita dah pau skett..yeayyy
senang jek buat pulut serikaya nih..asas dia sama jek mcm pulut serimuka, cuma tuko bahan jek
Asas Pulut Serimuka/Serikaya
Bahan-Bahan :
3.5 cawan Pulut
3.25 cawan Air + sedikit santan [tak campur santan pun tidak mengapa]
1.5 tsp Garam
2 tbsp Minyak

daun pandan - disimpul

2 cawan Santan
2 cawan Jus Pandan dari 1 pokok pandan
4-6 biji Telur 

1.25 cawan Tepung Gandum
1.75-2 cawan Gula
Jintan Manis+ Daun limau purut -Jika Perlu


Cara-cara :
Bilas pulut dan tanak di dalam rice cooker [setting utk porridge]bersama air, garam, daun pandan dan minyak hingga masak
Masukkan ke dlm loyang empat segi 12" dan tekan biar serata.
Santan, telur, gula, jus pandan,tepung dan jintan+ limau purut dikacau hingga sebati. Tapiskan.
Panaskan kukusan dan kukuskan pulut seketika.
Tuangkan bancuhan lapisan atas dan kukus dengan api sederhana hingga masak

Variasi:


Pulut Serikaya - gantikan jus pandan dgn air gula merah[campuran gula merah+ gula melaka+jintan manis+daun pandan+air secukupnya], sukatan tepung 1 cawan sahaja, omit gula
Serimuka Durian - 4 c santan, 1/2 c gula, 1/2 c tepung gandum, 1/2 c tepung kastad, 2 telur dan 1 c isi durian
Serimuka Jagung - sama seperti Serimuka Durian cuma gantikan isi durian dgn 1 c krim jagung, atau campurkan jagung hiris/krim ke dalam pulut di bahagian bawahnya.
kita penah buat serimuka kacang merah, serimuka kacang hijau, serimuka nyonya...
Serimuka Pulut Hitam - gantikan setengah cawan pulut dengan pulut hitam [jika perlu boleh direndam dahulu berasingan, bergantung kepada teknik memasak]

0 comments:

You are not permitted to reproduce these blogs in any form without the blog owner's consent. However, links, pings, shares and retweets are gratefully allowed with credit to the blog. Thank You! Copyright © 2008 - c a n g k i r B i r u - is proudly powered by Blogger
Dilectio Blogger Template